Sunday, 27 October 2013

This Is My ClassMate ,,

Ok, dulu aku dok citer pasal Geng Giler2x aku kan, 
Ok, and Now aku nak citer pasal My Classmate, 
Dulu Upsi niey takde pon Course yang melibatkan Diploma, kalau ade pon just dua jew iaitu
 Dip. Pendidikan awal kanak-kanak dan Dip. Bahasa Englsih. Tapi skrg Upsi dah adakan Course untuk Pengajian peringkat Diploma. 
Antara juruan yang dikemukan iaitu Diploma Sains, Diploma Sains ( Mtematik ) , Diploma Teknologi Makmal, Diploma Reka Bentuk dan Diploma Muzik. Aku ambik Diploma Teknologi Makmal, 
dulu mase apply Upu. aku ambik course Dip. Sains n' Course Dip. Sains ( Matematik ) 
tapi xde rezeki. so ambik jela course ni.. selama 3 tahun pengajian.. 
haa ni aku nak citer ! 
dalam course kami, just ade 12 Orang je pelajar pada mulanya, 5 laki 7 perempuan sikit je kan.. 
Tapi salah sorg daripada pelajar perempuan pindah ke Maktab so tinggal je lagi 11 Orang kesian kami .. Tapi masa sem 3 , sorang lagi pelajar perempuan tinggalkan kami sebab dia dapat SPA. 
so tinggal je la 10 org. Dah mcm lagu "10 orang budak hitam" la pulak aku citer ni. kahkahkah, lantak ah. Pada Last sem pulak. 2 orang pulak pelajar laki Out Upsi disebabkan masalah tertentu. 
akhirnya tinggal lah kami berlapan menghadapi liku-liku yang berliku-liku sebagai seorg mahasiswa. 
Dan sekarang, Alhamdulillah kami dah dapat menghabiskan pengajian, just tinggal Untuk praktikal je lagi.. lepas tu..... MERDEKA !!! 
Haahaaa.. cuma 3 Org je pelajar perempuan yang extend sem. Myb diorg rindu nak tinggal Upsi kot. hehehe. oh ya, meh aku kenalkan pelajar2 pelajat TEKMAK.. 

[ Semester 5 ]

Meh aku perkenalkan satu persatu, jeng.. jeng..jeng..


 Ni dia.. Ketua kelas kami, Namanye Hakim Hasni. Berasal dari Perak, Orang nye sempoi je tak kira ade test ke, quiz ke. Final exam ke, rileks je dia. Ciri-ciri kepimpinan tu ade la dekat dia ni, sebab tu Lect pilih dy sbgai Ketua.


Mamat ni namanye Asraf Fauzi, berasal dari Johor, Orang nye stylo la jugak. kemas, pergainya , kalau dalam kelas, benda yang dia tak tahu or tak faham. dia buat2 faham jek. Macam serba tahu, aku pon jadi hairan tengok dia ni, serba benda boley buat. tapi still pandai orangnya. ok la.. kalau bab sukan, dia ny wakil MASUM dalam game Futsal. Futsal adalah dadah dia ", katanya..

Ni sebelah aku ni nama dia Tan Liong ching , berbangsa Cina. Dalam pelajar lelaki dia la yang paling pandai. kalau bab-bab assgmnet, dia ni kedekut sikit, susah giler nak tiru. nak mintak tolong pon susah, kadang2 je dia tolong. haish, biase la, orang pandaikan.. Biarlah dia. lagipon, dah habis pengajian da pon.
kadang2 ade jugak la dia tolong buat assgmnt, ajar aku. ok letuw. aku hargai. erkk bukan nak mengutuk. just luahan. hoho.. syhhhhh 


Ni dia Kpop Upsi, namanye Saiful azman bin Ismail, asal kelantan. tapi dia belajar dekat Upsi just sampai semster 4 je, lepas tu dia keluar Upsi, mayb ade masalah tersendiri kot, biarkan la dia, pandai letuw dia rancang masa depan.


Nama Amira Farhanah asal Pahang, sekarang tengah belajar di Maktab di terengganu . semester 1 jew sempat belajar di Upsi bersama kami. semoga menjadi cikgu.


Haa ni dia, Awek Cun dalam kumpulan kami. Orangnye Lawa ala-ala pelakon korea gitu. Tapi sOrry la eyh, dah berpunya. Melepas :-P  , Namanya Aisyah Latif asal Perak. 


Ni mek utagha.. asal kedah , nama NurAini Bt Zainon orang nye peramah sangat2, galok.. happy go luck, dia dalam kelas kami  antara pelajar cemerlang. dah bertunang dah pon dengan pilihan hati, semoga berkekalan..


Awek ni nama dia nurabilah anis bt hanafi. pon berasal dari kelantan, merupakan best student dalam group kami. orangnye muslimah la jugak, garang, suka bersendirian, dan suka siapkan kerja cepat, aish, kalau aku group dia, mesti kena rush je hari2. haha tapi xpe, asalkan kerja siap awal.


"Best Frenz" sesuai dilabelkan untuk dua orang ni, sebab sentiasa bersama, asal kemana je, mesti berdua, ke kuliah, makan ke, jalan2 ker. ok,  meh aku kenalakan, yang pakai tudung hitam tu, nama nye alia suhana bt mohd pozi, asal perak dan partner dia Niwashini A/P wellasamy, asal kedah, dan berbangsa india.



and the last one is Nuratikah, just sempat belajar di upsi selama 3 sem sahaja dan masuk SPA untuk jadi nurse.

so semua aku dah kenal kan , dan ini lah Penyelaras dan ibu kami, Dr Yusnita

[ Kat tengah-tengah tu ]

Ini la antara Sweet Moment selama 5 sem Sebagai mahasiswa Diploma Teknologi Makmal !!


                               

             
                       
                                           




We Love Upsi  :-P

Wednesday, 23 October 2013

Kawan Seperjuangan Ku

And now.. Now.. i want introduce My Nakama ( Kawan baik la )
Kami 6 sekawan hidup di Upsi bersama-sama tak kira bangsa dan agama, tak kira jantina, 
tak kira negeri mana. 
[ tak kira bangsa dan agam konon, padahal semua bangsa mulayu n agama islam! tak kira jantinan konon, padahal semua laki. ke ade pondan ? aishh Poyo je lbih aku nih. hoho ]
kami tetap bersama walau kemana pergi. Okay , first skali aku nak kenalkan Budak paling jauh negerinya dan salah seorang budak perantauan. iaitu Muhamad Zaidi Bin sanidi. Miak serawak. Orang panggil dia Jedi , Diey dan nama paling Famous " Sanidi" hahahha dan gelaran dia , "Hidung" sebab hidung dia besar. hahaha bukan aku reka citer eak.. ini cter benar, ade kena mengena dengan yang hidup dan yang mati takde kena mengena pon. ni la orang nye.. Dalam geng2 kami ni, dia ni la perangai ke Ibuan sedikit, nak tahu kenapa, dia ni serba boleh orang nye, dalam rumah kami , dia la yang rajin masak, kemas rumah, hiasa rumah, basuh baju, jemur kain. bagus budak ni, tak macam aku . pemalas. kalau bab pelajaran ni, kalau assgmnet2 nih, dia la yang buat, orang lain, haaa haaa. macam biasa la. tulis nama je hahahha. tapi takpe. kami ni satu geng, benda2 gitu. kecik je. tak kesah pon, sama2 nak berjaya kan. dia ni pandai la jugak anak cikgu katakan. anak sulong dari 4 adik beradik, nak kenal ? Hensem ke tak. andai nilai la sendiri

 
[ Gambar Semester 1 ]

Haaa.. kuat study, Labrary terr.. sem 1 kan biasalah, bak kata pepatah Tengah angau dibuai mimpi
[ Err, ade ker pepatah gitu ? aku hentam je tu ]
masa sem 1 n' 2 , dia ambik diploma sains tapi masa sem 4 hingga lah sekarang , dia tukar course sains ( matematik ) dan sekarang menunggu untuk semester 5, padahal orang lain tunggu nak praktikal je lagi.. hahaha padan muka kena extend sem. tak pe Bro. Good luck ! do the best !

[ Gambar Latest ]

and now my second Nakama iaitu Nazirul Mubin bin Ishak asal Terengganu, orang ganu kiterr..
 Orang panggil dia Mubing , been dan nama paling Famous "Ishak" hahahha dan gelaran dia diberi iaitu, "GIGI" sebab gigi dia besar dah macam citer kartun Bug n bunny dah aku tengok, kahkahkah tapi bnyk jugak gelaran dia, kontot la, zombie la macam-macam. Orangnya takut kuching walaupon muka nampka gengster, hahaha.. Dalam geng2 kami ni, dia ni pulak perangai ala-ala ayah gitu, sebabnya, pergai dia macam tegas la sikit, ade la jugak kepimpinan, boley la dibawa berbincang maklum la, anak askar kan. perangai dia tak la jahat pon, sama je mcm kitorg . cuma dia ni suka main game. kadang2 tuh, sampai pagi pon dok asyik main game. last2 kelas pagi tu tak pergi. aishh yang ni yang mistake. dia ni pemalas nak pergi kuliah, banyak kuliah yang dia ponteng. sama jugak aku, aku pon kdg2 gitu jugak, hahaha. tapi orang nye pandai.. SPM dapat 4A, pmr dapat 8A rase la. lupa da.. n UPSR dapat 5A. cuma masa di U je jadi pemalas. ish3..badanya taff katanya dulu atlet. tu yang taff, maklum la. kalau atlet kan kena senaman la, exercise la, traning la. macam2 la.. katanya... dan antara sukan yang digemarinya ialah PING PONG. haa ni la dia orang nya..

[ gambar masa sekolah menengah ( nampak tak keistemewaan disitu? ) kihkih ]
Mubing ni dari sem 1 hingga sekarang dia ambik diploma sains ( matematik ) dan sekarang menunggu untuk memjalani praktikal sama seperti aku. 

[ Orangnye Hensem sebenarnya ]

And 3rd My Nakam Is Mohamad Nazreen Bin Khosim asal Kedah tapi stay di perak,
Orang panggil dia Baen. dan nak Famous dia "Khoshimm" hhaha..dan gelaran yang diberi ialah "Tonggek" or "Ponggong" nak tahu kenapa? sebab ponggong dia kecik sangat , kalah Rakishi. hahahaha.. aishhh, tu la aset dia. kalau tak kerna tu. maka tak Hot la dia. hahahhahahah..Orangnya hitam mais, sekali pandang mesti nak pandang lagi. dua kali pandang baru puas hati, sebab pandang yang pertama kali, tak nampak mane orangnya. kahkahakah, err gurau jep :-P , dalam kalangan kami, dia la yang paling kerap balik ke kg. ke rumah la. setiap hujung minggu. mesti je ghaib. maklum la, dia ni anak emak, dan sifat kekeluargaan tinggi, familiar la kira, rajin tolong mak ayah, tebar roti, haa ni satu keistimewaan dia, pandai menebar roti canai. aku pernah makan. pergh sedap toqq.. untung sape yang kawen dgn dia. dia balik tiap2 minggu pon sebb nak tolng mak ayah, anak yang baik kan. bukan macam korg, keluar date dgn awek. ishh33.. Ops, aku tak,, awek aku duk jauh, haaa... lagi satu, dia ni kuat bersukan, antara sukan digemarinya Bola sepak n futsal. kalau main futsal, perghh ala-ala messi laa.. ni lah orangnya

[ Gambar masa sekolah Menengah ]

baen ni pon ambik course sains ( matematik ) sekarang pon tunggu untu praktikal. sekarang kami dah terpisah, sebab baen apply tempat LI dekat perak, dekat kediaman dia.. so kitorg telah terpisah.. uwaaaaa :_( semoga ketemu lagi my bro.. cehh buat ayat sedih. hahah yapi memang sedih pon.. huwaaaaa :'( 

 [ ini lah dia romeo upsi yang disukai ramai tapi setia orangnya ]

Next My Nakama is Mohamad Rafizan bis Hassan, orangnya sama negeri dengan ambo. iaitu orang Kelate kitoo..Orang panggil dia Pije, wan. dan nama famousnye "Hasssann" .. hoho. dan gelaran diberi "Huduh" hahha tak tau la ang mane hodohnye. tengok tuan, semak doh, tapi panggil huduh, hahaha jahat la sae2 pon. pije ni umur tua setahun pade membe2 yang lain, sebab dia sebelom masuk upsi, dia dah masuk Uitm, tp ntah kenapa dia tukar  Upsi. mybi upsi ni up sket kot. Orangnye pandai, dalam geng2 nih, dia lah paling tinggi pointer. dan sekali mendapat gelaran "Dean" perghhh, bangga siot ade membe dapat dekan. padahal tiap2 malam main game same2 sampai pagi. ish2, rezeki dia. yang lain kena usaha lagi. huhu. orang nye boely digelar hacker la. pandai main softwer computer, n' suka download movie2 yang baru2. so nak tegok movie, mintak je n dia. semua ade. tak yah keluar duit. free of charge. huhu. orangnya minat kartun anime sama macam aku, contohnya Naruto. dan antara sukan yg dia minat, juga futsal, satu kepala dengan baen. 


haaa tudia, dah macam YB dah aku tengok. haa mane tau one day, muka ni jadi YB pergh, lagi skali la aku bangga ade membe cam ni. 
[ Kuat puji, ade pape ke padahal dulu depan2 senang2 je kutuk ]
pije ni pon ambik course Diploma sains ( Matematik ) dan menunggu praktikal jugak di melaka bersama yang tersyang. Untung la tersyg U sama, dpat LI same2. sedap doh ase. ape2 pon jumpa graduated t jea :-D

[ pije n kesayangannye ]


and the lastly My Nakama Is Fakhrul Aiman bin Zulkifli, haa ni pon sorg orang ganu kiterrr, asal terengganu, orang panggil dia aiman, man dan nama famous "semua perkataan yang berakhir dengan huruf LI cth ikan KeLI" hahahhaa dan gelaran dibagi ialah Tembam sebab pipi dia tembam dah macam Burger King, time2 lapar sedap ni makan, hahahah, 
[ OITT, pipi orang pon nak makan ka? kebulur sangat dah tu ]
orang nye bijak. hensem, dan bergaya ala-ala Kpop gitu, and always pakai sweater tak kira panas mahupun sejuk, ntah ape jenis kulit aku tak tahu, hebat dia ni. hahaha dan dia ni seorang yang digilai ramai wanita, 
[ Fuyoo, pakai ayat ape ntah, dah macam casanova dah ramai peminat ]
ni lah orang nya aka Gun jun Pyoo

[ Cehh Control2, baling batu kang !! ]

aiman ni, dia ambil diploma bahasa iaitu bahasa eglish , TESL kot. tak lama lagi kena panggil sir la, dan sekarang sedang menunggu untuk masuk semester last, iaitu semester 6 sebab diorg Praktikal masa 
semster 5, dan ini la orang nye

[  ( O.O ) Fuyooo hensem siot.. memang Kpop ah ]

Fuhhh, penat dah citer psal membe2 aku, habis aku cmne? sape nak citer?? uwaaa sedih takde orng nak cite, k la aku cite aku sendiri ah. hakhakhak, nama aku Muhammad saleh bin ismail, asal kelate la boss "Gomo klate Gomo" 
[ semangat tehhh ]
hahaha.. orang panggil aku Leh, aleh, saleh n nama famous aku ialah "Jalan" sebabnya,  tuttt hanya kami je yang tahu.. dah aku diberi gelaran "tuttt" werkkkk :-p takyah tahu. hahaha.. aku ambik course Diploma teknologi Makmal dan antara sukan yang aku gemari ialah Badminton katanya nak jadi macam lin dan, katanya.. dan aku seorang gamers, dan peminat anime iaitu, Naruto, Dragon Ball, One piece dan banyak lagi. ini lah orang nye, orang nye hensem hahahaha 
[ Err perasan puji diri sendiri, ( -_____- ) ]


Aku biasa-biasa je, hanya mampu terseyum kambing. mbeekkkk.. hahaha
Okay la boss. sekian ! see u again...






Kehidupan Sebagai Mahasiswa UPSI

Ok be Continue.........
Sekarang aku menjejakkan kaki ku ke salah sebuah institusi yang diidamkan oleh berjuta2 rakyat Malaysia. Dengan perasaan bangga n berkobar2ku dengan ayahku  n familyku....
[ Cish, bunyi ramai.. Familyku konon, padahal 2 Orang jek pon. abang n akak atas aku je pon ]
masuk ke perkarangan pendaftaran untuk newbie bagi pelajar di Upsi. setelah selesai daftar aku pon naik lah ke bilik dengan barang2 yang sangat sedikit sangat2 ,barang bagai nak pindah rumah n' tak nak balik2 terus, hahaha.. aku bawak la semua barang2 aku tu bersama abang dan kakak aku naik ke tingkat 7 masa tu tak kena pindah bilim lagi. Cri punya cari bilik 2-6-12 tak jugak jumpa2.. last2 habis round , akhirnya jumpa la jugak. Haaa disini lah bermula nye perkenalan ku dengan teman baik, rapat jikkk jikk. ketat2, kemah keming nih la iaitu Mubing , Baen, Fizzan, Aiman n Zaidi. Bermula disini lah perkenalan 6 sekawan yang berjanji untuk berjuang bersama-sama, jatuh bagun bersama, mandi bersama.. eyhhh2, bukan mandi dalam bilik air eak.. mandi kolam jekk. pakai seluar lah, hahhaha
[ suspen la konon.. werkkkkk  :-P  ]
Dengan itu terjalin lah hubungan kawan karib bagi kitorg ini.. selepas itu semua aktiviti ktorg buat bersama-sama.. makan, study, main game, jalan2. dan sebagainya.. ni lah gambar fisrt skali kitorg ambk bersama2.. rni gambar masa orentasi ke hari - 2 kot, kalau tak silap la..
Ni la dia membe aku, baru 3 orang .. Lagi dua orang ntah hilang kemana.. usha awek kot. krikk krikkk...
oh ya, Semak dop awok2 ambo ? tok semak pon kan.. hensem je.. ecceehh cover2!!
habis la citer disini perkenalan ku dengan kawan baik ku n kehidupanku sebagai mahasiswa..

"Hidupp.. Semua Orang nak hidup" cehh tiru ayat Aaron ajis mcm kl gengster lak.. Koya!!
kk aq start cite.. citer nye bermula disini.. aq cite pasal aku lak eak, mane tahu korg ade yg berkenan dekat aku ker haa.. tapi puan je ek? laki cinta terlarang oih.. gini, lepas jer aku dapat result SPM yg boleh dikatakan cemerlang la jugak.. korg nak tahu brape? 4 A jekk, tapi yang pelik nye aku dapat A dalam subjek Math, Sejarah, P.Islam n' B.melayu.. Math n' Sejarah aku dapat A oii.. Otak berbeza tu, kiri dan kanang, dahla exam2 yang lepas2 xpenah2 aku Lulus SEjarah, tibe - tibe jek SPM dapat A , mahunye tak terkejut Beruks aku?.. Waaa hebat kan aku ! Mesti la. aku tahu tu. hahah :-P perasan lagi.. Dah2, jangan nak perasan sangat. sambOng ! lepas je dapat result tu aku terus apply Upu, fisrt2, aku tak tahu yang Upu ni ade 2 Fasa , fasa 1 dan fasa 2, masa aku nak isi asa petama, baru je nak isi, tengok2 dah tamat tempoh,,, waaaaaaaa meremang bulu roma aku. Giler tak risau masa tu, takot giler tak dapat masuk U, masa depan tu.. stresss, Frust menongeng terbalik guling2 la aku citer dy.. ape2 pon aku redo.. Last2 tahu je Upu fasa 2 dah boley isi, aku isi je terus. buat Dont know je yang fasa 1 tu, mampus dia la, sape suruh tutup awal.. hahaahah. padahal salah aku, Bengong! lepas tu, tunggu je la result , samada dapat ke tak Universiti yang aku apply. last2 tak dapat semua.  Sedih, pedih , Menangis tak berair mata la aku masa tu, ape2 pon peluang ade lagi untuk aku sambung belajar, iaitu Tingkatan 6, hahahah jadi budak sekolah balik. Ok la tu pada menganggur ape lagi mengdurian, menangka dan sebagainya lah.
Masa di tingkatan 6, hari pertama n kedua hari orentasi punya la semangat aku pergi. last2 hari-hari seterusnya langsung aku tak pergi. hahaha awal - awal dah jahat, aishhh.. nak dipendekkan cerita, lepas seminggu aku di tingkatan 6, keluar lah result untuk yang apply Poli. Alhamdulillah, aku dapat Politeknik Merlimau di melaka, diploma elektrik. Fuhhhh.. Masa tu punya la happy dapat belajar jauh dan bakal menjadi mahasiswa. 
[ Oh, xmasuk lagi happy la eak, t dah masuk baru tahu pedas ke manis cili api, hambekk mung ! ]
lepas tahu dapat poli, langsung aku quit form 6 dengan bangganya,, hahaha 
[ Ooo.. Berlagak eak padahal pOli jepo -______- ]
aku pon naik la KL, niat nak keje, tapi 2 minggu duk sane tak jugak keje2, keje nye tanam anggur, haiyaaa.. tapi pada satu hari tu, lepas aku balik dari jalan2..aku try la usha2 kot2 dapat tawaran Universiti, tu pon saje berlakon sebab akak aku yang paksa suruh tengok.. check punya check,, perghhh punya terkejut Berukk.. MOnyet, lutong , kera dan adik beradik denganya tengok2 dapat tawaran salah sebuah Universiti terkemuka.. korg nak tahu U ape? haaa jeng jeng ! U ni ramai orang kata , kalau sebut je U ni mesti perkataan pertama yang keluar dari mulut diorg ialah " Cikgu" kan,, kan.. 
[ Errrrr.. Cikgu la sangatttt -______- ]
iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris !!!
Haaa siap logo dia lagi aku letak, nak kata bangganya... ceehhhhhh over...
Maka bermulalah kehidupan aku sebagai Mahasiswa Upsi !
Hoi.. Hoi.. Hoii.. Welcome to my Blog .. Peace yo. !

Assalamualaikum ! !
Haa, Ingat Org Prempuan je ke main blog ? laki pon ade jugak la weyh !
Blog ni aku buat, just untuk Kenangan Pahit Manis Hidup aku with kawan-kawan ker, aweks ke, family ke,, Semua lah, asalkan kenagan . Kadang-kadang bila duduk sorg-sorg , mesti sunyi n' terigat kisah silam n kenagan-kenagan kan? betOl tak? tak yah tipu laa.. kita manusia, same je rasa kan, kan,, haa.. so untuk menghilangkan rasa - rasa ni, kat sini la aku nak kumpul-kumpul semua kengan yang pernah terjadi dalam hidup aku. sO kalau rasa nak tahu ape kenagan tu n' korg terlibat ke tak? baca la blOg ni, kalau tak nak sudaa.. tak pakse pon :-p  werkkkkk.. beress boss.. 

SelaMaT  MemBaCa

Oh lupa pulak. ni la aku haaa...


Hensem tak ? hahaa
mesti la hensemm.. wakaka dah takde kerja nak puji diri sendiri.. 
sape suruh korg tak puji sgt :-P